Jom Explore Uzbekistan! Dari seni bina Islam yang memukau, panorama gunung yang menenangkan hingga pasar tradisional yang penuh warna. Setiap destinasi ada tarikan tersendiri tauu! ✨
⭐Apa Yang Menarik di Uzbekistan?
-
Chinorkent Mountain & Aktiviti Lawatan❄️

♦ Bayangkan diri anda berada di puncak Chinorkent sambil menikmati pemandangan banjaran gunung yang seolah-olah berada di Switzerland, tetapi sebenarnya di Asia Tengah! The Best Experience!
♦ Aktiviti menarik di Chinorkent Mountain: Cable Car Ride, Snow Tubing, Mountain Sightseeing, Photography -
Seni Bina Unik Uzbekistan ⭐

♦ Mostly bangunan dan seni bina di Uzbekistan dihiasi dengan warna biru turquoise yang melambangkan langit dan syurga, sekali gus menyerlahkan keindahan serta keagungan warisan Islam Uzbekistan!
♦ Seni bina paling unik di Uzbekistan: Shah-i-Zinda, Registan Square, Islamic Civilization Centre (Muzium Tamadun Islam Terbesar di Dunia) -
Tempat Shopping – Pasar Tradisional ✨
♦ Jom shopping di bazaar dan rasai sendiri suasana kehidupan lokal Uzbekistan!
• Chorsu Bazaar - Pelbagai pilihan Kain sutera, skaf dan pakaian tradisional. Barangan cenderamata seperti Topi Tradisional Uzbekistan (Doppi) untuk dibawa balik sebagai kenangan.
• Siyob Bazaar - Syurga makanan tempatan dan ole-ole seperti roti tradisional Samarkand (Samarkand Non), manisan tradisional Uzbekistan seperti Halva dan Navat. Buah-buahan kering dan kekacang. -
Uzbekistan Culture☺️
♦ Dari tenunan Sutera Ikat (Atlas & Adras) yang mempesona hingga Seramik Rishtan & Gijduvan yang penuh warna, setiap hasil seni punya keistimewaan tersendiri!